Saturday, February 6, 2010

AYAM ORGANIK HALAL THOYIBBA




Ayam organik ini dikeluarkan oleh HPA FARM, diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan di dalamnya. Tambahan herba-herba terpilih dicampur dalam makanan ayam bagi menghasilkan ayam yang berkualiti, enak dan
berkhasiat. Herba-herba tersebut adalah seperti daun mambu, habbatus sauda’ dan lain-lain.



Pemakanan ayam yang dirumuskahs mengandungi sumber protein yang tinggi bagi membantu tumbesaran yang maksimum. Makanan ayam tersebut dirumus dari jagung dan protein ikan. Ayam ini disembelih dan diproses mengikut sistem GMP. Kebersihan ayam yang diproses sangat dititikberatkan. Proses sembelihan mengikut syarak adalah diamalkan bagi menjamin daging yang halal dimakan oleh seluruh umut islam.



Kami juga boleh menguruskan/mepertimbangkan penghantaran produk ke tempat anda.