Friday, March 7, 2014

BR1M 3.0 : aku ada, hang ada ?

Assalamua'laikum wmth wbth

Tahniah kepada yang mendapat anugerah BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia).  Semuanya adalah rezeki dari Allah swt.  Ketepikan segala kisah misah story mory the morning glory, sesuatu itu pastilah sampai kepada kita sekiranya itulah ketetapan Allah swt sebagai rezeki kita.

Saya sendiri mewakili orang tua mertua mengambilkan bantuan BR1M 3.0bagi tahun 2014 tersebut.  Dapatlah rasa pengalaman bersesak dan beratur dan berpeluh... aduyaii...kena make sure dapat upah nih..hehe

Suka saya berkongsi dan menggalakkan tuan puan yang menerima mengemaskini nombor akuan bank bagi memudahkan penerimaan dan mengelakkan terpaksa ke dewan orangramai, bersesak  dan beratur lama.  Kemaskini maklumat BR1M tuan puan di https://ebr1m.hasil.gov.my/ ..

Bagi yang belum menerima atau mahu semak status permohonan boleh lihat maklumat hubungan di sini ;

Cara semak permohonan bantuan rakyat 1malaysia 3.0 boleh dibuat melalui 3 cara seperti di bawah ini.

1) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara pos.dengan cara pos,penerima akan mendapat surat dari pejabat pos yang berkandungkan status permohonan sama ada lulus atau pun gagal.jika lulus,penerima akan diberitahu tempat dimana penerima akan menebus baucer tersebut.

2) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara call.cara ini anda boleh terus menghubungi pejabat lembaga hasil dalam negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716.talian ini dijangka akan dibuka awal januari 2014 dan hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat.

3) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara email.anda hanya perlu menghantar email ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my.untuk bertanya melalui email,sila pastikan anda memberikan identiti penuh anda bagi memudahkan pihak berkenaan menyemak status permohonan BR1M 3.0 anda.

Kepada yang masih belum membuat permohonan,sila layari link ini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx dan ikut arahan seterusnya..

Tahniah kepada yang lulus dan kepada yang gagal,sila buat rayuan dengan segera kerana semakin lewat maka semakin tipis peluang anda mendapat bantuan ini.

Kali ni barisan yg menerima RM200-300 lebih panjang, wah tersenyum sengih orang2 bujang kita.....apa plan nya dgn duit tuh ? kahwin le dok.. hehe

Kekawan yang aktif dengan kewangan nampaknya tersenyum lebar... tambahan MODALtu....:-)



No comments:

Post a Comment