Tuesday, March 18, 2014

CUACA PANAS DAN KERING

Pada masa ini seluruh negara sedang dilanda cuaca panas dan kering.  Keadaan bertambah buruk apabila berlaku kebakaran hutan dan juga pembakaran terbuka.

Indeks IPU dilaporkan mencecah 200di sesetengah kawasan seperti di Klang.  Negeri Selangor telah mengarahkan pelajar-pelajar dibawa pulang oleh ibubapa masing-masing.



Bacaan Terkini Status Indeks IPU Jerebu 3 Mac 2014 Seluruh Negeri
Kualiti udara di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia pada Isnin mula terjejas terutamanya di Selangor berdasarkan cerapan data yang diperolehi dari stesen pengawasan kualiti udara dan direkodkan di laman rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia (APIMs)
bacaan terkini status indeks ipu jerebu 3 mac 2014 di seluruh negeri
Di Selangor kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berstatus “Tidak Sihat” adalah di pelabuhan Kelang dengan bacaan IPU 117 manakala di Perak, kawasan Seri Manjung mencatat bacaan IPU 102 masing-masing bacaan yang direkodkan setakat jam 2 Petang Isnin
Faktor kualiti udara terjejas berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan hujan sejak akhir-akhir ini
Lain-lain kawasan di Malaysia masing-masing mencatat bacaan IPU “Baik dan “Sederhana” setakat ini

Petunjuk
API Status
0-50 Baik / Good
51-100 Sederhana / Moderate
100-200 Tidak Sihat / Unhealthy
200-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>300 Berbahaya / Hazardous

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan kualiti udara (per jam) di kawasan masing-masing dengan melayari laman web APIMS melalui pautan yang disertakan



http://apims.doe.gov.my/apims/hourly1.php

Di Pekan, Pahang kebakaran hutan di jalan Kuantan-Pekan berhampiran Penjara Penor masih berterusan. Ini adalah disebabkan hutan bakau yang memiliki serabut akar kering yang disertai tiupan angin, maka kebakaran kecil dan asap berterusan siang atau pun malam.

Akibat dari kepulan asap yang tebal, satu kemalangan telah berlaku melibatkan 8 kenderaan beberpa hari lepas... kemungkinan jarak penglihatan yang kurang jelas menyebabkan kawalan terhad.

Kepada pembaca budiman jagalah kesihatan, minum air yang di masak, kerap minum dan mandilah dengan cara yang betul agar kepanasan badan dapat dikurangkan.  Petua orang lama ialah mandi dengan siraman air bermjula dari kaki dan disudahi di kepala.  Kadang-kadang kita akan merasa bahawa air dari siraman di kepala tadi berasa panas hasil dari haba panas dari badan yang keluar di atas kepala.

Salam sejahtera.