Sunday, March 9, 2014

MH370 HILANG 8mac2014 2:40am !!!

Innalillahiwainnailahirojiun !

Berita gempar melanda negara kita Malaysia pada 8 Mac 2014 apabila laporan media menyatakan kehilangan pesawat B777-200 penerbangan MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.  Berita ini berdasarkan kehilangan jejak penerbangan pesawat daripada radar pada jam 2.40pagi iaitu 2 jam selepas pesawat berkenaan berlepas pada 12:40pagi.

8Mac2014, Sabtu 
http://www.netnewsledger.com/wp-content/uploads/2014/03/Boeing_777-200ER_Malaysia_AL_MAS_9M-MRO_-_MSN_28420_404_9272090094.jpg
KUALA LUMPUR Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, semua perhubungan dengan pesawat MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi ke Beijing, China, terputus.

Dalam satu kenyataannya jam 9.03 pagi ini, beliau berkata, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan mereka terputus hubungan dengan pesawat terbabit jam 2.40 pagi (waktu tempatan Malaysia).Penerbangan MH370 beroperasi menggunakan pesawat Boeing B777-200.
http://img.astroawani.com/2014-03/51394267087_295x200.jpg
Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal - iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal)

Terdapat 13 warga negara berbeza membabitkan penumpang dalam pesawat. -Berita Harian

9Mac 2014, Ahad


Misi SAR MH370 diperluas meliputi 50 batu nautika - DCA 
SEPANG: Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas daripada 20 batu nautika ke 50 batu nautika di kawasan terakhir pesawat MAS MH370 terputus hubungan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan terkini MH370 yang hilang, sebentar tadi.-Berita Harian

Marilah kita bersama-sama berdoa agar segalanya berakhir dengan baik dan diberi ketabahan oleh Allah swt untuk kita menghadapi apa sahaja pengakhirannya.