Assalamua'laikum wmth wbth
Tahniah kepada yang mendapat anugerah BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia). Semuanya adalah rezeki dari Allah swt. Ketepikan segala kisah misah story mory the morning glory, sesuatu itu pastilah sampai kepada kita sekiranya itulah ketetapan Allah swt sebagai rezeki kita.
Saya sendiri mewakili orang tua mertua mengambilkan bantuan BR1M 3.0bagi tahun 2014 tersebut. Dapatlah rasa pengalaman bersesak dan beratur dan berpeluh... aduyaii...kena make sure dapat upah nih..hehe
Suka saya berkongsi dan menggalakkan tuan puan yang menerima mengemaskini nombor akuan bank bagi memudahkan penerimaan dan mengelakkan terpaksa ke dewan orangramai, bersesak dan beratur lama. Kemaskini maklumat BR1M tuan puan di https://ebr1m.hasil.gov.my/ ..
Bagi yang belum menerima atau mahu semak status permohonan boleh lihat maklumat hubungan di sini ;
Cara semak permohonan bantuan rakyat 1malaysia 3.0 boleh dibuat melalui 3 cara seperti di bawah ini.
1) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara pos.dengan cara pos,penerima
akan mendapat surat dari pejabat pos yang berkandungkan status
permohonan sama ada lulus atau pun gagal.jika lulus,penerima akan
diberitahu tempat dimana penerima akan menebus baucer tersebut.
2) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara call.cara ini anda boleh terus menghubungi pejabat lembaga hasil dalam negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716.talian
ini dijangka akan dibuka awal januari 2014 dan hanya beroperasi dari
jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat.
3) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara email.anda hanya perlu menghantar email ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my.untuk
bertanya melalui email,sila pastikan anda memberikan identiti penuh
anda bagi memudahkan pihak berkenaan menyemak status permohonan BR1M 3.0
anda.
Kepada yang masih belum membuat permohonan,sila layari link ini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx dan ikut arahan seterusnya..
Tahniah kepada yang lulus dan kepada yang gagal,sila buat rayuan dengan
segera kerana semakin lewat maka semakin tipis peluang anda mendapat
bantuan ini.
Kali ni barisan yg menerima RM200-300 lebih panjang, wah tersenyum sengih orang2 bujang kita.....apa plan nya dgn duit tuh ? kahwin le dok.. hehe
Kekawan yang aktif dengan kewangan nampaknya tersenyum lebar... tambahan MODALtu....:-)
No comments:
Post a Comment