Berita gempar melanda negara kita Malaysia pada 8 Mac 2014 apabila laporan media menyatakan kehilangan pesawat B777-200 penerbangan MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Berita ini berdasarkan kehilangan jejak penerbangan pesawat daripada radar pada jam 2.40pagi iaitu 2 jam selepas pesawat berkenaan berlepas pada 12:40pagi.
8Mac2014, Sabtu
KUALA LUMPUR Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, semua perhubungan dengan pesawat MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi ke Beijing, China, terputus.
Dalam satu kenyataannya jam 9.03 pagi ini, beliau berkata, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan mereka terputus hubungan dengan pesawat terbabit jam 2.40 pagi (waktu tempatan Malaysia).Penerbangan MH370 beroperasi menggunakan pesawat Boeing B777-200.
Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal - iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal)
Terdapat 13 warga negara berbeza membabitkan penumpang dalam pesawat. -Berita Harian
9Mac 2014, Ahad
Misi SAR MH370 diperluas meliputi 50 batu nautika - DCA
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan terkini MH370 yang hilang, sebentar tadi.-Berita Harian
Marilah kita bersama-sama berdoa agar segalanya berakhir dengan baik dan diberi ketabahan oleh Allah swt untuk kita menghadapi apa sahaja pengakhirannya.
Perkembangan hari ini 15/3/14 setelah seminggu pesawat MH370 hilang dari radar ialah pengesahan telah berlaku 'air turn back' yang menyaksikan tanda-tanda telah berpatah balik ke Selat Melaka dan kemudian ke Utara. Dengan itu, PM telah mengumumkan bahawa operasi SAR di Laut China Selatan telah dihentikan dan memberi tumpuan di Koridor Utara hingga sempadan Kazastan dan Koridor Selatan hingga lautan HIndi...
ReplyDeleteAda spekulasi yang kuat bahawa pesawat telah di rampas, namun tiada bukti kukuh lagi yang disahkan. Kita masih mendoakan agar semua selamat dan pengalkhiran yang baik.